Monday, January 9, 2012

Alhamdulillah Ya Allah!!

Hari ini aku dapat result untuk exam first semester di IPG Darulaman ni....Punyala getaqqq....

Tapi Alhamdulillah....aku bersyukur sangat kerana aku dapat result yang bagus....Syukur pada Allah...Memang aku x jangka dapat result tu...

Jadi, aku nak ucap terima kasih yang x terhingga untuk kedua-dua ibu dan ayah yang x henti-henti mendoakan kejayaan setiap anak-anaknya..I LOVE BOTH OF U MOM & DAD!!!!!!!!!!!!!




Untuk sesiapa yang x berjaya, jangan putus asa...Yakinlah setiap yang berlaku,ada hikmah di sebaliknya...Mana tahu, di masa akan datang, kawan2 yang lain lagi berjaya, aku pulak yang turun...Jadi yang penting, jangan putus asa dan selalu berdoa kepada Allah...

Bagi aku, yang paling penting sentiasa berusaha!!!!!!!
Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nah satu lagu untuk ampa semua!!hahahaha..(macam la ramai sangat follower aku)


So, teruskan perjuangan anda!!!




Tuesday, January 3, 2012

2.4!!!

Mesti ampa semua dah biasa dengaq kan 2.4 ni...2.4km ni la yang aku kena lari...Sebenarnya aku ni..ye la..dah nama nya pon rendang, jadi dah semestinya lambat lari....Adoyaii...bila dengaq ja lecturer kata nak kena lari 2.4,aku mesti jadi laen....Walau macam mana pong, aku still ingat pesanan ayah tersayang! !..Dia kata buat je yang termampu..jadi nya,setiap kali lari 2.4,aku mesti jadi perempuan Melayu terakhir yang lari..hahahaha...nak buat macam mana...Prinsip aku biar lambat asal finish the line!...

Ok la..hari ni hari pertama masok kuliah semula..tiap2 hari ada PJ!!terkejut cimpanzi aku!beruk pon tak terkejut macam tu!

 ni la agaknya rupa aku terkejut!hahaha

Sebenarnya lah,aku ni subjek paling aku gerun subjek pj la!! Aku ni bukannya tak suka bersenam..tapi tu dia la,pj ni buat aku agak tension..tapi aku still ingat kata ayah!..

Akhir sekali,doakanlah aku dapat habiskan 2.4km dengan sihat!Assalamualaikum..



Friday, December 30, 2011

Baru Nak Bertatih...

Ehem...ehem..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum....tak jawap DOSA!!

Ape nak cakap ea?? Okay la..Sebenarnya tak pernah terfikir pon nak buat blog ni..Ni semua kawan-kawan aku  la punya pasai...Depa dok syok cita pasai blog ni,aku pon telah terpanggil nak buat blog..Niat tu sebenarnya ada, cuma... ialah aku ni bukannya reti sangat berblog-blog ni..

Jadi,kat sini aku nak ucapkan terima kasihla kat kawan aku ni sebab tolong rasmikan blog aku..kepada Chubby Itu Menarik, Cik Jelly Chan, dan seumpanya la..x yah mention la sangat..terima kasih la banyak-banyak sebab tolong aku buat blog ni..

Tu la..blog ni pon aku buat nak dekat tahun baru 2012..jadinya insyaAllah,aku akan sentiasa update kalau ada free..hehe.. kalau hampa nak tau,aku ni orang penang dan belajar di IPG DARULAMAN...insyaAllah bakal guru..(hek eleh baru sem 1 dah buat terukk)...ape2 lah..

So,kalau rajin jadilah follower saya ye!!
Dan kalau nak tahu, saya ni 'hantu' korea dan peminat IniAnuarHadi!!!hehehe...jangan marah ea~~